Monday, May 11, 2009

Zambry Kecundang, Nizar Perlu Waspada

oleh HusinLempoyang

Mahkamah akhirnya mengesahkan bahawa DS Nizar adalah menteri besar yang sah. Malu tak terkata la Encik Zmbry dan konco-konconya yang sebelum ini dengan bongkaknya meragut kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat negeri sendiri. Allah itu maha berkuasa atas segalanya. Sepertimana firman Allah didalam surah Ali-Imran ayat 54 yang berbunyi :

وَمَڪَرُواْ وَمَڪَرَ ٱللَّهُ‌ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَـٰكِرِينَ

"Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa) dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.
"

Berdasarkan ayat ini, jelaslah bahawa perancangan yang jahat itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. Persoalannya adalah sama ada cepat atau lambat dan apa yang pasti ianya tetap akan berlaku pada orang-orang yang dizalimi. Dan inilah apa yang telah berlaku kepada kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak. Tindakan DS Nizar mempertahankan jawatannya sebagai MB adalah wajar kerana beliau ialah MB yang SAH!. Suara-suara yang mengatakan bahawa DS Nizar gila kuasa sudah disangkal oleh Mahkamah pada hari ini. Semestinya tindakan yang akan dilakukan oleh DS Nizar selepas ini ialah untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak untuk memperkenankan pembubaran DUN yang seterusnya akan memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri.

Namun begitu, persoalan yang timbul pada saya dan juga mungkin pada rakan-rakan ialah siapakah yang lebih berkuasa? Mahkamah atau Istana atau UMNO?? Mahkamah hanya mengumumkan keputusan tetapi siapakah yang lebih berkuasa? Sejak kebelakangan ini soal ke'integriti'an mahkamah sering dipertikaikan akibat daripada keputusan yang sering kali dianggap tidak wajar kerana dipengaruhi oleh pihak tertentu. Dalam hal ini, keputusan ini MUNGKIN untuk memulihkan kembali Intitusi mahkamah yang mana sebelum ini telah dicemari dengan anasi-anasir songsang oleh pihak tertentu.

Saya bukanlah ingin meghina Mahkamah tetapi perlu diinagt bahawa peristiwa-peristiwa sebelum ini telah menjadi indikator terhadap status 'keluhuran' mahkamah dalam membuat sesuatu keputusan. Didalam politik, 'keajaiban' boleh berlaku sepertimana Balasubramaniam yang telah 'dighaibkan' oleh siapa pun saya tak tak tahu. Yang jelas adalah 'ghaibnya' beliau disebabkan oleh agenda politik jakun dan sakai dan penakut. Perlu diingat juga bahawa negara kita mengamalkan sistem Kerajaan-UMNO dan UMNO-Kerajaan dan inilah penyebab kepada ketidak telusan undang-undang dalam negara kita. Hakikatnya pusingan kedua di Perak bemula dan marilah sama-sama kita berjuang untuk menegakkan kebenaran sebelum kita semua 'tumpor' bak kata orang Perak. Kita juga berharap supaya diadakan Pilihanraya Negeri di Perak agar kekalutan Politik ini dapat diselesaikan secara telus dan adil oleh rakyat sendiri.

KEMBALIKAN DEMOKRASI!!

No comments:

Post a Comment