Friday, May 8, 2009

Mangsa BNBBC : Terbelit di Lidah Sendiri



Saya menonton Astro Awani malam tadi (7 Mei) pada pukul 8 mlm sebab geram menonton siaran buletin tv3 yang memang lumrahnye al maklumlah semua orang dah tau. Elok tukarkan daripada bulletin utama kepada bullshit utama.

Agenda Awani menjemput 3 orang ahli panel iaitu pensyarah Sains Politik dari UKM, pensyarah Undang-Undang dan seorang ahli BNBBC dan juga Prof Abu Hassan yang berada di talian. Geli hati melihat ahli BN yang juga merupakan seorang wakil rakyat itu terkumat kamit mempertahankan partinya itu berhubung isu yang berlaku di DUN Perak.

Hakikatnya, beliau tidak bercakap diatas dasar undang-undang sebaliknya untuk 'menegakkan benang yang basah'. Cuba bayangkan apabila beliau masih mempertahankan hujahnya walaupun disangkal oleh 2 orang yg lebih faham pasal undang-undang ini termasuk Prof Abu Hasan yang berada di talian. Saya tidak pasti sama ada beliau telah menjadi kambing hitam kepada BNBBC atau menawarkan diri beliau dalam perbincangan itu. Perkataan yang sering diungkap oleh beliau ialah 'gentlemen'. Asyik bercakap supaya PR berdepan secara gentlemen dengan bk walhal kekecohan dimulakan oleh siapa? Siapa yang tidak mematuhi keputusan mahkamah? Saya pon sebenarnye tak paham ape yg beliau cuba nak sampaikan. Ape yang jelas ialah beliau ini orang yang tak reti undang-undang dan cuba nak jadi hero. Akibatnya tersungkur jua dek kerana mereka yang lebih 'star' daripada beliau. Saya pasti penonton daripada BN pasti malu dengan 'hero' mereka yang tersungkur..hehe..

No comments:

Post a Comment