Friday, May 8, 2009

Demokrasi Dilacurkan


oleh HusinLempoyang

Sidang dun Perak semalam telah mewujudkan precedent untuk perkara-perkara seperti ini berlaku dalam sistem perlembagaan berparlimen didalam negara ini. Tindakan merampas kerusi speaker secara haram ini merupakan tindakan yang paling terkotor utk meramps kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat. Cara ini tidak pernah diperuntukkan dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak untuk menggantikan speaker yang baru. Saya juga pasti hasil daripada rentetan peristiwa dapat diibaratkan seperti 'ajinomoto'; menyebabkan rakyat bertambah benci terhadap keganasan UMNO dan Barisan Nasional.

Soal demokrasi di negara ini sudah lama dipertikaikan. Soal 'the transperancy of laws' sudah lma dibangkitkan. Namun kerajaan hanya mengambil langkah dgn beromong kosong di televisyen dan didada-dada akhbar tempatan dengan mengatakan bahawa kerajaan akan melaksanakan pentadbiran yang telus. Hakikatnya rakyat bwahan yang sering termakan dgn sogokan kata-kata ini.

Kejadian di Ipoh semalam jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN gagal memenuhi kehendak rakyat yang inginkan demokrasi yang segar agar terus bernaung didalam bumi Darul Ridzuan. Bermula dengan pihak Polis yang bertindak dengan ganas sekali dengan menangkap orang ramai yang langsung tidak menimbulkan kekecohan. Akibatnya polis sendiri yang menyebabkan kekecohan dan secara tidak langsung institusi polis akan terus dibenci oleh rakyat.

Kemudian diikuti dengan insiden tarik menarik diantara pihak polis dan ahli-ahli DUN PR didalam DUN Perak semalam. Alangkah bodohnya tindakan Kerajaan BN dengan memanggil polis utk menyelesaikan masalah ini. Hakikatnya rakyat telah melihat bagaimana cara kerajaan BN berhadapan dengan seorang individu! Terpaksa melibatkan anjing2 yang tidak berdosa utk campur tangan dalam perkara ini.

No comments:

Post a Comment