Saturday, June 13, 2009

PAS : Kekalahan Husam punca pergolakan

by HusinLempoyang
Kehangatan Muktamar PAS masih lagi terasa bahangnya persis pertandingan 3 penjuru bagi merebut jawatan Timbalan Presiden tambahan pula dengan isu UG yang masih hangat diperkakatakan ketika ini.

Pada pandangan saya, pergolakan ini disebabkan kekalahan Dato' Paduka Husam Musa yang dikatakan bahawa kekalahan itu adalah simbol penolakan kepada kepimpinan Mursyidul Am Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz(saya tidak pasti). Saya hanya ingin mengulas sedikit sahaja berhubung perkara ini kerana sudah banyak artikel yang dikeluarkan oleh para bloggers sebelum ini.

Kewujudan 2 aliran didalam PAS memang tidak dapat dinafikan walaupun sudah dijelaskan oleh pimpinan bahawa tiada apa-apa aliran didalam PAS. Kekalahan Husam diterjemahkan oleh banyak permerhati sebagai bukti kewujudan aliran Erdogan/Professional dan aliran Ulama memang wujud didalam PAS.

Kedua-dua aliran ini pada pandangan saya dapat diibaratkan sebagai irama dan lagu. Jika hilang salah satu diantaranya, maka rosaklah lagu, pincanglah irama. Begitu juga diantara ulama dan professional, saling memerlukan diantara satu sama lain bagi mencipta satu mekanisma yang dapat menggerakkan parti sebagai sebuah aset yang dilihat mampu menjadi keperluan utama kepada negara. Tuan Guru Nik Aziz sendiri menyatakan perkara ini dengan jelas iaitu PAS memerlukan kepimpinan Ulama-Professional. Jelas dan tidak ada keraguan.

Dalam perkara ini, saya melihat kekalahan Husam lebih menjurus kepada penolakan terhadap Husam itu sendiri dan bukannya penolakan kepada aliran Erdogan kerana 3 Naib Presiden boleh dikatakan daripada kumpulan Erdogan.

Faktor keklalahan Husam mungkin disebabkan beliau begitu optimis dalam usaha untuk membentuk Pakatan Rakyat dan dilihat seolah-olah telah mengambil tanggungjawab Presiden ketika mana secara jelas dapat dilihat bahawa Presiden dan Timbalan tidak begitu berminat dengan Pakatan Rakyat. Husam juga sering turun padang bagi memperkasakan Pakatan Rakyat. Pada ketika itu, ramai yang bimbang dengan keadaan Husam yang dilihat begitu akrab dengan pimpinan PKR dan DAP. Namun itu adalah usaha untuk memperkasakan Pakatan Rakyat. Ketegasan Husam dalam meluluskan projek-projek dan tender balak di Kelantan juga diilihat sebagai faktor kekalahannya dan banyak faktor-faktor lain yang disalah tafsirkan oleh ahli-ahli PAS sebelum ini seterusnya membawa kepada kekalahan beliau untuk menjawat jawatan no.2 parti itu. Rentetan kekalahan ini terus membawa kepada agenda 'Unity Government'.

Apa yang jelas disini, isu ini tidak begitu hangat sebelum muktamar tetapi setelah tamatnya muktamar, isu ini semakin rancak dibahaskan sehingga mendapat reaksi positif daripada Najib Tun Razak. Secara tidak langsung, jelas menunjukkan bahawa Nasharuddin menggunakan kemenangan itu sebagai satu platform yang mungkin dianggapnya terbaik untuk melontarkan idea UG ini secara terang-terangan.

Namun begitu, tindakan itu mengundang padah apabila mendapat amaran yang cukup keras daripada TG Nik Aziz sendiri. Jika beliau tewas ditangan Husam, nescaya perkara ini tidak akan berlaku. Husam yang dilihat sebagai seorang yang Professional sejak awal lagi telah menolak agenda UG ini. Dalam kempen terakhirnya secara terang-terangan di kaca tv mungkin dilihat remeh oleh perwakilan ketika itu. Secara jelas Husam menyatakan bahawa, "pemimpin(timbalan presiden) sekarang juga adalah seorang yang liberal but liberal towards Umno is something that cannot be accepted."

Husam adalah seorang pemimpin PAS yang ditakuti oleh Umno sehinggakan pada suatu ketika dahulu, Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa Husam adalah pembahas terbaik di parlimen. Beliau juga dilihat antara orang yang bertanggungjawab dalam membentuk imej PAS untuk diterima oleh semua kaum. Boleh dikatakan bahawa beliau telah 'diacukan' oleh TG Nik Aziz untuk menjadi seorang Ulama-Professional seperti Almarhum Ustz Fadzil Noor.. Dan apa yang jelas tindak tanduk beliau sebelum ini sememangnya melayakkan beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden. Jika krisis ini berlarutan, PAS dilihat perlu memikirkan semula tentang jawatan no.2 ini secara serius.

Kesan daripada itu, PAS telah mengalami masalah kepimpinan yang kritikal sehingga Ust Nasha diminta untuk melepaskan jawatannnya yang mana menybabkan pergolakan didalam parti lantas menggugat pengaryh PAS. Penyelesaiannya, PAS perlu bermusyawwarah dalam perkara ini dan Presiden dan Timbalan perlu mengambil kira pandangan ahli-ahli dan suara majoriti dalam PAS tentang perkara ini.

Kemenangan Ahmadinejad : Kemenangan untuk Islam

oleh HusinLempoyang

TEHRAN- Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad telah memenangi pilihanraya umum negara itu apabila menewaskan calon popular Mirhossein Mousovi.

Ahmadinejad mendapat undi sebanyak 65% berbanding Mousovi yang membawa agenda utama iaitu menggalakkan perdamaian di antara Iran dan Amerika.

Ahamdinejad yang dilihat sebagai seorang pemimpin Islam yang lantang bersuara menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha perdamaian dengan Washington masih mengekalkan pendirian untuk membangunkan tenaga uranium di negara teluk itu.

Sebelum ini juga Ahmadinejad dilihat sebagai seorang yang lantang mengecam pemimpin arab berikutan serangan di Semenanjung Gaza yang mengorbankan beribu warga penduduk Palestin. Hanya beliau seorang yang dilihat berani mempertahankan hak tanah suci umat Islam itu secara terang-terangan.

Hakikatnya beliau dapat diibaratkan sebagai 'Singa' bagi umat Islam pada era ini meskipun beliau berketurunan Syiah. Dunia melihat kemenangan Ahamdinejad sebagai kemenangan untuk seluruh umat Islam.