Pertamanya seribu kemaafan kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini kerana kekangan waktu sebagai seorang pelajar. Namun begitu, perjuangan mesti diteruskan.
Perhimpunan mansuh I.S.A pada 1 Ogos ini dijangkakan mungkin antara demonstrasi jalanan yang terhebat selepas perhimpunan Bersih yang lalu. Suasana kebangkitan rakyat masih lagi segar diminda rakyat Malaysia yang inginkan supaya demokrasi yang segar terus bernaung di bumi tercinta ini.
Walaupun kerajaan BeEnd pimpinan Najib Razak sudah membebaskan sebahagian tahanan I.S.A daripada Kamunting, namun ramai lagi yang merengkok tanpa bicara sejak lapan tahun lalu di sana. Saya ingin menyeru kepada rakan2 seperjuangan, ayuh bersama-sama kita tunjukkan sokongan dan komitmen dengan menyertai perhimpunan aman ini dengan usaha untuk memansuhkan akta yang zalim ini.
Islam sendiri menolak sebarang bentuk kezaliman dan Allah telah berjanji bahawa Dia akan bersama-sama dengan orang-orang yang dizalimi. Justeru itu, marilah bersam-sama kita menzahirkan rasa dukacita kita terhadap akta ini yang mana telah meragut hak kebebasan bersuara kita sebagai rakyat yang mempunyai hak untuk bersuara, dengan menyertai perhimpunan ini secara aman beserta niat yang ikhlas dan murni.
Satu Rakyat Satu Suara!
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
No comments:
Post a Comment