Saturday, June 13, 2009

PAS : Kekalahan Husam punca pergolakan

by HusinLempoyang
Kehangatan Muktamar PAS masih lagi terasa bahangnya persis pertandingan 3 penjuru bagi merebut jawatan Timbalan Presiden tambahan pula dengan isu UG yang masih hangat diperkakatakan ketika ini.

Pada pandangan saya, pergolakan ini disebabkan kekalahan Dato' Paduka Husam Musa yang dikatakan bahawa kekalahan itu adalah simbol penolakan kepada kepimpinan Mursyidul Am Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz(saya tidak pasti). Saya hanya ingin mengulas sedikit sahaja berhubung perkara ini kerana sudah banyak artikel yang dikeluarkan oleh para bloggers sebelum ini.

Kewujudan 2 aliran didalam PAS memang tidak dapat dinafikan walaupun sudah dijelaskan oleh pimpinan bahawa tiada apa-apa aliran didalam PAS. Kekalahan Husam diterjemahkan oleh banyak permerhati sebagai bukti kewujudan aliran Erdogan/Professional dan aliran Ulama memang wujud didalam PAS.

Kedua-dua aliran ini pada pandangan saya dapat diibaratkan sebagai irama dan lagu. Jika hilang salah satu diantaranya, maka rosaklah lagu, pincanglah irama. Begitu juga diantara ulama dan professional, saling memerlukan diantara satu sama lain bagi mencipta satu mekanisma yang dapat menggerakkan parti sebagai sebuah aset yang dilihat mampu menjadi keperluan utama kepada negara. Tuan Guru Nik Aziz sendiri menyatakan perkara ini dengan jelas iaitu PAS memerlukan kepimpinan Ulama-Professional. Jelas dan tidak ada keraguan.

Dalam perkara ini, saya melihat kekalahan Husam lebih menjurus kepada penolakan terhadap Husam itu sendiri dan bukannya penolakan kepada aliran Erdogan kerana 3 Naib Presiden boleh dikatakan daripada kumpulan Erdogan.

Faktor keklalahan Husam mungkin disebabkan beliau begitu optimis dalam usaha untuk membentuk Pakatan Rakyat dan dilihat seolah-olah telah mengambil tanggungjawab Presiden ketika mana secara jelas dapat dilihat bahawa Presiden dan Timbalan tidak begitu berminat dengan Pakatan Rakyat. Husam juga sering turun padang bagi memperkasakan Pakatan Rakyat. Pada ketika itu, ramai yang bimbang dengan keadaan Husam yang dilihat begitu akrab dengan pimpinan PKR dan DAP. Namun itu adalah usaha untuk memperkasakan Pakatan Rakyat. Ketegasan Husam dalam meluluskan projek-projek dan tender balak di Kelantan juga diilihat sebagai faktor kekalahannya dan banyak faktor-faktor lain yang disalah tafsirkan oleh ahli-ahli PAS sebelum ini seterusnya membawa kepada kekalahan beliau untuk menjawat jawatan no.2 parti itu. Rentetan kekalahan ini terus membawa kepada agenda 'Unity Government'.

Apa yang jelas disini, isu ini tidak begitu hangat sebelum muktamar tetapi setelah tamatnya muktamar, isu ini semakin rancak dibahaskan sehingga mendapat reaksi positif daripada Najib Tun Razak. Secara tidak langsung, jelas menunjukkan bahawa Nasharuddin menggunakan kemenangan itu sebagai satu platform yang mungkin dianggapnya terbaik untuk melontarkan idea UG ini secara terang-terangan.

Namun begitu, tindakan itu mengundang padah apabila mendapat amaran yang cukup keras daripada TG Nik Aziz sendiri. Jika beliau tewas ditangan Husam, nescaya perkara ini tidak akan berlaku. Husam yang dilihat sebagai seorang yang Professional sejak awal lagi telah menolak agenda UG ini. Dalam kempen terakhirnya secara terang-terangan di kaca tv mungkin dilihat remeh oleh perwakilan ketika itu. Secara jelas Husam menyatakan bahawa, "pemimpin(timbalan presiden) sekarang juga adalah seorang yang liberal but liberal towards Umno is something that cannot be accepted."

Husam adalah seorang pemimpin PAS yang ditakuti oleh Umno sehinggakan pada suatu ketika dahulu, Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa Husam adalah pembahas terbaik di parlimen. Beliau juga dilihat antara orang yang bertanggungjawab dalam membentuk imej PAS untuk diterima oleh semua kaum. Boleh dikatakan bahawa beliau telah 'diacukan' oleh TG Nik Aziz untuk menjadi seorang Ulama-Professional seperti Almarhum Ustz Fadzil Noor.. Dan apa yang jelas tindak tanduk beliau sebelum ini sememangnya melayakkan beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden. Jika krisis ini berlarutan, PAS dilihat perlu memikirkan semula tentang jawatan no.2 ini secara serius.

Kesan daripada itu, PAS telah mengalami masalah kepimpinan yang kritikal sehingga Ust Nasha diminta untuk melepaskan jawatannnya yang mana menybabkan pergolakan didalam parti lantas menggugat pengaryh PAS. Penyelesaiannya, PAS perlu bermusyawwarah dalam perkara ini dan Presiden dan Timbalan perlu mengambil kira pandangan ahli-ahli dan suara majoriti dalam PAS tentang perkara ini.

Kemenangan Ahmadinejad : Kemenangan untuk Islam

oleh HusinLempoyang

TEHRAN- Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad telah memenangi pilihanraya umum negara itu apabila menewaskan calon popular Mirhossein Mousovi.

Ahmadinejad mendapat undi sebanyak 65% berbanding Mousovi yang membawa agenda utama iaitu menggalakkan perdamaian di antara Iran dan Amerika.

Ahamdinejad yang dilihat sebagai seorang pemimpin Islam yang lantang bersuara menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha perdamaian dengan Washington masih mengekalkan pendirian untuk membangunkan tenaga uranium di negara teluk itu.

Sebelum ini juga Ahmadinejad dilihat sebagai seorang yang lantang mengecam pemimpin arab berikutan serangan di Semenanjung Gaza yang mengorbankan beribu warga penduduk Palestin. Hanya beliau seorang yang dilihat berani mempertahankan hak tanah suci umat Islam itu secara terang-terangan.

Hakikatnya beliau dapat diibaratkan sebagai 'Singa' bagi umat Islam pada era ini meskipun beliau berketurunan Syiah. Dunia melihat kemenangan Ahamdinejad sebagai kemenangan untuk seluruh umat Islam.

Tuesday, May 26, 2009

Mogok pun kena tangkap??


Saya mendapat tahu bahawa 8 MP dan Adun telah ditahan oleh pihak polis pada pagi ini kerana menyertai program mogok yang berlangsung dihadapan bangunan DAP Perak.

Tujuan yang sebenarnya adalah untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan negeri Perak yang masih didalam kekalutan supaya DUN dapat dibubarkan.

Persoalan yang timbul ialah kenapa perlu ditangkap mereka-mereka ini? Adakah mogok ini menyusahkan Najib atau Zambry atau Zahid Hamidi atau pihak polis? Ini yang merunsingkan kepala para bloggers dan para pemerhati politik dan juga rakyat khususnya.

Keadaan ini telah menjadi indikator atau simbol terhadap kebodohan pihak tertentu dalam usaha untuk menggagalkan mogok ini. Dan sekali lagi pihak Polis telah di'hanjing'kan oleh Be End untuk menangkap mereka yang menyertai perhimpunan ini.

Nasihat untuk pihak polis, pergilah kalian menjaga bandaraya Ipoh tu. Macam-macam kes ada kat Ipoh tu. Bohsia, pelacuran, bapok, curi motorsikal dan lain-lain yang menggangu keselamatan awam dan sebagai kewajipan tu sepatutnya diserbu oleh pihak polis.

Bukan nak mengata, tindakan mereka sejak kebelakangan ini memang menampakkan lagi kebodohan mereka terhadap rakyat.

JANGAN JADI 'TAK CERDIK'!!

Monday, May 25, 2009

PAS : Husam sah cabar Nasharuddin

oleh Malaysiakini

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa secara rasmi mengesahkan akan cabar Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan timbalan presiden, kemungkinan besar dalam persaingan sengit tiga penjuru.

Dalam pengumumannya di ibu pejabat parti itu tadi, beliau berkata gandingannya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh menolong memajukan lagi parti.

"Saya yakin bahawa gandingan yang mantap boleh membantu Datuk Seri Tuan Guru memimpin PAS terus-menerus menerokai kemajuan dan pembukaan sehingga berjaya dari segi politik menggantikan tempat Umno sebagai teraju utama negara pada masa akan datang," katanya.

"Penolakan ke atas Umno adalah kerana sifat perjuangannya yang memisahkan aktiviti pemerintahan daripada hitungan akhirat dan bimbingan wahyu, yang membawa kepada berleluasanya korupsi, penyelewengan dan salah guna kuasa serta hilang puncanya
Umno dalam isu hubungan kaum dan agama di Malaysia."

Seorang lagi naib presiden Mohamad Sabu juga berminat jawatan nombor dua PAS.

Beliau dijangka mengesahkan bertanding hari ini, tarikh akhir semua calon wajib berbuat demikian menjelang pemilihan parti di muktamar tahunannya di Shah Alam bermula 5 Jun ini.

Ditanya sama ada beliau muktamad menentang Nasharuddin dan Mohamad, atau masih sedia berkompromi, Husam berkata:

"Saya telah ambil masa yang sangat lama untuk buat keputusan ini, dan ini adalah hari terakhir. Jadi saya rasa ini adalah keputusan yang muktamad."

Mengulas hasratnya bertanding berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan yang disarankan oleh Abdul Hadi, Husam berkata:

"Saya tidak mahu masuk kepada tajuk yang boleh mengelirukan. Saya hanya berkata bahawa, apa yang saya tuliskan (kenyataan media) itu bolehlah saudara tafsirkan dengan bentuk positif.

"Iaitu suasana semasa adalah kritikal dan saya tidak ada pilihan, saya meletakkan satu petanda dalam bentuk pertandingan ini."

Ditanya berhubung dakwaan beliau seorang pemimpin liberal, Husam berkata:

"Saya menganggap penyandang jawatan sekarang (Nasharudin) juga liberal tetapi terlalu liberal (condong) kepada Umno adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Pada pendapat saya, PAS perlu berada di tengah, bukan bersikap terbuka kepada Umno atau untuk menyelamatkan Umno."

Sementara itu, Husam juga berkata pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din "bersifat peribadi" dan tidak mewakili keseluruhan pandangan PAS.

"Setahu saya kertas kerja tersebut adalah kertas kerja peribadi beliau. Dalam seminar tersebut, ia tidak diterima sebagai kertas kerja yang diterima bersama.

"Jadi proses itu (mekanisme baru) panjang lagi. Kalau dalam seminar tersebut belum diterima, saya rasa tak payah diulas secara panjang lebar," katanya.

Sabtu lalu, tokoh ulama itu memberi amaran kepada parti agar berwaspada terhadap pemimpin-pemimpin PAS yang ditaja oleh musuh - termasuk oleh Umno atau negara asing - yang mengambil kesempatan dalam pemilihan kali ini.

Beliau kemudian mencadangkan kepada PAS agar mengetatkan mekanisme pemilihan parti bagi menyekat kemaraan pemimpin seumpama itu.

Diminta mengulas lanjut, Husam berkata: "Kalau parti sudah membuat keputusan, perubahan tersebut saya akan patuh. Setakat ini saya tidak tahu ada perubahan ataupun tidak. Kena tanya Datuk sendiri."

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar juga mengesahkan bertanding jawatan naib presiden.

Seramai 16 pemimpin dicalonkan untuk merebut tiga jawatan kanan tersebut.

Bagaimanapun setakat ini tidak dapat dipastikan jumlah sebenar mereka yang berminat.

Parti itu akan mengumumkan pemimpin-pemimpin yang ingin bertanding dalam satu sidang akhbar khas, esok.

Pertandingan PAS kali ini disifatkan persaingan dua aliran besar - satu pro-rundingan dengan Umno dan satu lagi pro-kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Nasharuddin - yang terlibat sendiri dalam satu rundingan sulit dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, waktu itu presiden Umno, sejurus selepas pilihanraya umum tahun lalu - dikategorikan dalam kumpulan yang bertentangan dengan Husam.

Exco kerajaan Kelantan itu dikatakan lebih menyenangi idea mengukuhkan kedudukan PAS dalam gabungan pembangkang.

Tuesday, May 12, 2009

Seperti yang dijangkakan, Kudeta tetap berkuasa

"Konspirasi politik jakun@sakai"; ungkapan yang sesuai untuk krisis di Perak. Seperti yang saya jangkakan bahawa kemenangan Nizar semalam hanyalah untuk seketika. Walaupun hakikat kebenaran akan muncul, perjalanan kearah itu memang berliku(sila rujuk artikel sebelum ini). Harapan untuk menyelesaikan krisis ini bertambah rumit setelah mendapati keputusan mahkamah rayuan pada hari ini.

Najib hanya berdehem..

Pada tafsiran alternatif saya, Najib mungkin hanya 'berdehem' selepas mendengar keputusan mahkamah yang telah menyebelahi Pakatan Rakyat semalam. Lantaran Najib 'berdehem' itu menyebabkan Hakim Mahkamah Persekutuan terpaksa menjadi barua kepada Institusi Kehakiman justeru memberi semula 'kemenangan' kepada Zambry Kadir menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kesucian doktrin pengasingan kuasa di bawah BN semakin luluh.


Permasalahan Utama

Saya melihat bahawa masalah utama dalam kemelut politik di Perak ini bermula daripada 3 ekor beruk makye yang telah melompat parti. Saya melihat dari skop yang kecil bahawa pilihanraya kecil ini patut diadakan di 3 kawasan beruk makye tersebuk dek kerana mereka yang telah menyulitkan keadaan. Kembalikan mandat kepada rakyat.

Penyelesaian

Agenda Awani malam tadi membincangkan tentang solusi untuk krisis di perak. Apa yang menarik pada saya ialah cadangan untuk Pakatan RAkyat dan BN khususnya DS Nizar dan Zambry duduk semeja untuk mengubah peradaban politik literal kepada politik kreatif. Lucu jugak mendengar cadangan itu. Bukan niat saya untuk mengeruhkan atau memporak porandakan jalan penyelesaian tetapi hakikat yang ada pada UMNO yang tidak pernah ingin mengaku kalah memeang terserlah sehinggakan Tok Guru Nik Aziz sendiri menolak cadangan untuk berbaik dengan UMNO. Dasar yang dibawa oleh BN amat berbeza dengan PR. Itu tidak dapat dinafikan.

Sehingga YB Yusmadi melemparkan cadangan yang bernas apabila beliau mengajak Sultan Perak menggunakan pendekatan syura dalam hal ini supaya ianya dapat diselesaikan menggunakan kaedah Islam yang lebih telus dan adil. Dan sememangnya cadangan yang paling tepat ialah bubarkan DUN.

KEMBALIKAN DEMOKRASI!!

Monday, May 11, 2009

Zambry Kecundang, Nizar Perlu Waspada

oleh HusinLempoyang

Mahkamah akhirnya mengesahkan bahawa DS Nizar adalah menteri besar yang sah. Malu tak terkata la Encik Zmbry dan konco-konconya yang sebelum ini dengan bongkaknya meragut kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat negeri sendiri. Allah itu maha berkuasa atas segalanya. Sepertimana firman Allah didalam surah Ali-Imran ayat 54 yang berbunyi :

وَمَڪَرُواْ وَمَڪَرَ ٱللَّهُ‌ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَـٰكِرِينَ

"Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa) dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.
"

Berdasarkan ayat ini, jelaslah bahawa perancangan yang jahat itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. Persoalannya adalah sama ada cepat atau lambat dan apa yang pasti ianya tetap akan berlaku pada orang-orang yang dizalimi. Dan inilah apa yang telah berlaku kepada kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak. Tindakan DS Nizar mempertahankan jawatannya sebagai MB adalah wajar kerana beliau ialah MB yang SAH!. Suara-suara yang mengatakan bahawa DS Nizar gila kuasa sudah disangkal oleh Mahkamah pada hari ini. Semestinya tindakan yang akan dilakukan oleh DS Nizar selepas ini ialah untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak untuk memperkenankan pembubaran DUN yang seterusnya akan memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri.

Namun begitu, persoalan yang timbul pada saya dan juga mungkin pada rakan-rakan ialah siapakah yang lebih berkuasa? Mahkamah atau Istana atau UMNO?? Mahkamah hanya mengumumkan keputusan tetapi siapakah yang lebih berkuasa? Sejak kebelakangan ini soal ke'integriti'an mahkamah sering dipertikaikan akibat daripada keputusan yang sering kali dianggap tidak wajar kerana dipengaruhi oleh pihak tertentu. Dalam hal ini, keputusan ini MUNGKIN untuk memulihkan kembali Intitusi mahkamah yang mana sebelum ini telah dicemari dengan anasi-anasir songsang oleh pihak tertentu.

Saya bukanlah ingin meghina Mahkamah tetapi perlu diinagt bahawa peristiwa-peristiwa sebelum ini telah menjadi indikator terhadap status 'keluhuran' mahkamah dalam membuat sesuatu keputusan. Didalam politik, 'keajaiban' boleh berlaku sepertimana Balasubramaniam yang telah 'dighaibkan' oleh siapa pun saya tak tak tahu. Yang jelas adalah 'ghaibnya' beliau disebabkan oleh agenda politik jakun dan sakai dan penakut. Perlu diingat juga bahawa negara kita mengamalkan sistem Kerajaan-UMNO dan UMNO-Kerajaan dan inilah penyebab kepada ketidak telusan undang-undang dalam negara kita. Hakikatnya pusingan kedua di Perak bemula dan marilah sama-sama kita berjuang untuk menegakkan kebenaran sebelum kita semua 'tumpor' bak kata orang Perak. Kita juga berharap supaya diadakan Pilihanraya Negeri di Perak agar kekalutan Politik ini dapat diselesaikan secara telus dan adil oleh rakyat sendiri.

KEMBALIKAN DEMOKRASI!!

Nizar Menteri Besar sah Perak


oleh Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.